Penemuan dan pengeluaran Formaldehid

Sejarah

Formaldehid pertama kalinya dilaporkan pada tahun 1859 oleh ahli kimia Rusia bernama Aleksandr Butlerov (1828-86).[15] Penemuan Butlerov ini kemudiannya disahkan oleh August Wilhelm von Hofmann dari Jerman pada 1869.[16][17]

Industri

Formaldehid dihasilkan pada tahap industri melalui pengoksidaan berpemangkin metanol. Pemangkin yang paling biasa digunakan dalam proses ini ialah argentum ataupun campuran besi dan sebatian oksida molibdenum atau vanadium. Dalam proses formoks, di mana metanol dan oksigen bertindak balas pada suhu sekitar 250-400 °C dalam kehadiran oksida besi dalam kombinasi dengan molibdenum dan/atau vanadium untuk menghasilkan formaldehid menurut persamaan kimia:

2 CH3OH + O2 → 2 CH2O + 2 H2O

Pemangkin argentum biasanya berkesan pada suhu yang tinggi iaitu kira-kira 650 °C. Dua tindak balas kimia pada masa yang sama menghasilkan formaldehid: persamaan yang ditunjukkan di atas dan tindak balas pendehidrogenan:

CH3OH → CH2O + H2

Pada dasarnya, formaldehid boleh dihasilkan oleh pengoksidaan metana, namun ia tidak menguntungkan kerana metanol lebih mudah dioksidakan berbanding metana.

Rujukan

WikiPedia: Formaldehid http://www.nicnas.gov.au/chemical-information/info... http://www.drugbank.ca/drugs/DB03843 http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.692.h... http://chemistry.stackexchange.com/questions/12232... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=C%3... http://monographs.iarc.fr/ENG/Monographs/vol88/mon... http://www.cdc.gov/niosh/idlh/50000.html http://ntp.niehs.nih.gov/index.cfm?objectid=720162... http://ntp.niehs.nih.gov/ntp/roc/twelfth/roc12.pdf http://fdasis.nlm.nih.gov/srs/srsdirect.jsp?regno=...